“Aku Muflis Sebab Aku Tolong Orang.. Aku Terlampau Baik..”

Mesti orang tanya aku bagaimana aku muflis. Semua org tahu aku muflis sbb aku share dlm FB (gelak sinis) tp aku xpernah cite sbb apa. Kali ni aku rasa nak cerita. Asalnya aku kerja Kerajaan. Org tua dulu² mind set masuk gomen sbb senang buat utang. Otak aku dh diajar mcm tu. Kerja gomen buat loan.

Loan pertama aku dgn Bank Rakyat, dpt duit aku buat lesen memandu tp gagal. Lebihan tu bg mak ayah..nk gembirakan dorang. Seterusnya buat loan lg sebab Ayah suruh. Beli kereta tapi kena tipu…owner used car mampos..duit x dpt..kete yg aku beli rupanya dia x tuka nama. Masa pengebumian owner used car tu ayah aku dtg ngamok2 minta duit tp..nak buat mcmana…habok pon x dpt.

Org dtg baca yassin ni ko dpt maki hamun. Jwbla dlm kubur. Loan seterusnya aku buat sbb ayah buat car loan guna nama aku then xlepas byr kete. Nak xnak aku terpaksa buat loan lagi dalam 30k sbb nama aku dlm senarai blacklist. Aku xpakai kete tp aku yg kena. Sedih tp aku terpaksa juga byr.

Seterusnya bekas adik ipar aku beli kete 2nd hand, aku gerentor. Skrg dia dah kawen lain siap dia dgn bini baru dia buat aku musuh hahaha….dulu masa ko susah AKAK nilah yg selalu dtg hulur bantuan dan dgn adik aku xbyr 1 sen..so aku masok dlm statistik pmuflis di Malaysia…bangga siot. Even aku pon ada buat loan sbb nak tutup loan2 lama lama lama. Kete yg x di bayar tu dah jadi jadi tukun pon.

Mmg aku ungkit. Loan lain aku ada buat dan bayar pengajian adik aku masa dia nak masuk asrama. Mak ayah x mampu. Aku sndiri belajar dlu pon…. aku kerja kedai makan nak byr yuran.

Aku pernah buat loan dan bg adik 1k. Sbb aku pk aku syg adik aku..anak2 sedara aku x mkn tp natijahnya bila aku susah aku jadi pemgemis nak minta hutang balik. 1k tuh aku ckp PINJAM tau end up….habok pon xde. Saat susah aku bg pndahuluan masuk rumah dgn syarat bayar..sekali lg aku jadi pengemis sampai gadoh terok. Tau x natijah muflis???? Aku xde akaun bank hingga aku xleh mohon kerja.

Cuckoo terminate aku. Komisen cuckoo pun dkt 6 bulan baru dapat. Im suffered. Lama aku naik turun insolvensi sbb aku xde duit nak pi sana. Alza aku ditarik sbb aku jobless. Aku xboleh pon beli kete dan terpaksa guna wira yg uzur ni. Sakt wira ni Allah je tahu sampai aku benti kerja sbb asik rosak. Saham aku..dividen aku dibekukan. Ganjaran aku dr kerja kerajaan pon di bekukan.

Aku dpt offer kerja di Travel and Tour tp masih lg KIV sbb aku ada masalah nak pi overseas sbb aku muflis. Even SSM pon aku xlayak buat sbb aku MUFLIS. Nk minta ada akaun bank balik ingt mudah ke…aku tepaksa cari kerja yg mana comp tu kena kuarkn offer letter baru aku layak ada akaun bank semula dibwh pengawasan JABATAN INSOLVENSI. Tapi punca utama aku berhutang sebab nak tutup semua lubang hutang.

Aku cuma nak dunia tahu sbb aku syg adik2 dan famili aku…aku berhutang. Hasil muflis adalah TANDA KASIH SAYANG AKU dan aku berkorban. Terima kasih biarkn aku jd pengemis. Pengajaran. Sygkan adik2..famili boleh tp jgn sampai makan diri.

Last….org Melesia mmg terror bab buat loan. Kalau syg emak ayah adik buat loan. Bior PAPA ASEY BERGAYE. Silap aku dlu baik hati pon ye. Kesian sgt. Kalau masok gomen sbb senang buat loan rentikanlah.

Yang Letih Dihena

Kredit: Azrina Ariffin

Add Comment