Anda Tidak Tahan Dengan Senggugut? Jom Baca Petua Berguna Ini!

Wanita adalah makhluk yang lemah, yang layak dilindungi oleh orang lelaki. Bukan ditindas, bukan ditipu dan sebagainya. Walaupun wanita diberi ‘cuti’ oleh Allah namun, wanita mempunyai tanggungjawab yang besar dan berat kerana mereka boleh mengandung dan melahirkan. Anda boleh bayangkan betapa sakit dan azabnya ketika melahirkan. Wanita lemah, tetapi Allah angkat darjat mereka ketika mengandung dan melahirkan. Seorang wanita berjihad ketika melahirkan. Bukan senang untuk melahirkan khalifah Allah ke muka bumi.

[wp_ad_camp_1]

Setiap bulan wanita yang normal akan mengalami putaran haid diantara 5-12 hari. Ada wanita yang tidak mengalami kesakitan yang teruk semasa datangnya haid, namun tidak dinafikan ramai juga yang menderita kesakitan semasa haid yang dipanggil senggugut. Meskipun ada mitos yang mengatakan senggugut akan berhenti setelah wanita berkahwin. Namun tidak semua wanita yang berkahwin bernasib baik sebegitu, ada yang walaupun sudah beranak pinak masih mengalami masalah senggugut.

Jom Baca 15 Petua Menghilangkan Sakit Senggugut:

Petua 1 : Ambil 9 biji pinang tua, bakar hingga menjadi arang dan ditumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum 9 hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

Petua 2 : Ambil bawang merah dan hancurkan. Kemudian sapu dan urut-urut pada bahagian perut atau ari-ari yang sakit. Tidak lama selepas itu anda akan merasa lega sendiri.

 Petua 3: Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air dan didahulukan dengan selawat. Hasilnya senggugut akan hilang.
[wp_ad_camp_1]

Petua 4: Minum rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.

Petua 5: Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 atau 2 minggu sebelum haid .

Petua 6: Semasa sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air teh pahit tanpa gula.

Petua 7: Ambil beberapa helai daun sirih dan beberapa batang serai wangi. Rebuskan dan minum airnya ketika air suam-suam kuku.

Petua 8: Ambil 3 ulas bawang putih sebesar ibu kaki dan potong nipis-nipis. Kemudian ambil 5 biji lada hitam ditumbuk halus. Campurkan bawang putih dan lada hitam tersebut dan gaulkan dengan air panas. Kemudian, minum setiap hari (waktu malam).Senggugut akan hilang.

Petua 9: Buah petola boleh mengurangkan kesakitan senggugut. Anda perlu memakan sebarang masakan dari petola selama seminggu sebelum kedatangan haid.

Petua 10: Amalkan memakan kunyit, asam jawa dan gula merah yang direbus. Segelas rebusan ini diminum selepas makan tengahari dan segelas lagi selepas makan malam, seminggu sebelum kedatangan haid.

Petua 11: Ambil segenggam daun betik dan tumbuk. Airnya diminum pada setiap pagi selama 3 hari pada setiap bulan.

Petua 12: Ambil sepotong gambir (10-15 gram), kunyit hidup 2 ulas dan 5 lembar daun sirih. Semua bahan itu dijadikan satu dan tumbuk halus. Selepas itu tambahkan dengan secawan air masak dan kacau rata. Kemudian dengan menggunakan kain yang bersih, tapis dan perah ramuan tersebut. Minum sekali dalam sebulan iaitu 2 atau 3 hari sebelum kedatangan haid. Minum ramuan tersebut pada waktu malam sebelum tidur.

[wp_ad_camp_1]

Petua 13 : Tumbuk secekak daun cili padi, dan 7 biji jintan manis hingga lumat. Campurkan dengan 2 sudu besar air masak. Perah dan tapis. Amalkan meminumnya 3 kali sehari selama 4 hari.

Petua 14: Lenyek nasi sehingga lumat. Selepas itu campurkan dengan garam kasar atau garam biasa sehingga sekata. Gentelkan sebesar ibu jari dan embunkan semalaman. Makan pada pagi esoknya. Tidak perlu dikunyah. Lakukan selama 4 malam.

Petua 15 : Campurkan sedikit gula melaka dengan air kelapa. Sewaktu didatangi haid, minum 2 kali sehari dalam masa 4 hari.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. SHARING IS CARING!

Add Comment