Apa Hukum Cium Jenazah Isteri?

Selepas selesai si mati dimandikan dan dikafan, hanya tinggal muka sahaja belum dikafankan kerana memberi peluang kepada anak si mati memberi ciuman terakhir. Persoalannya, apa hukumnya si suami atau isteri memberi ciuman kepada si mati selepas itu?

Ciuman itu bermaksud kasih sayang atau tanda hormat. Tidak mengapa mencium jenazah selagi mana jenazah itu adalah mahramnya dan antara suami terhadap jenazah isteri atau sebaliknya.

Ulama bersepakat bahawa wuduk jenazah tidak terbatal kerana terangkatnya taklif kepada jenazah.

Ciuman kepada jenazah sering dilakukan oleh Rasulullah yang diriwayatkan Saidatina Aisyah RA;

“Bahawa aku melihat Rasulullah mencium Uthman bin Mazun apabila beliau meninggal dan aku melihat linangan air mata baginda.” – Hadis Riwayat Abu Daud

Namun, tidak digalakkan memberikan ciuman berulang-ulang kali. Larangan seperti ini biasanya dirujuk kepada budaya masyarakat melayu.

Jika ingin melakukan, biarkan penuh dengan adab dan sopan. Boleh memberikan ciuman terakhir ketika jenazah masih di rumah dalam keadaan yang tidak menjadi tontonan ramai.

Tidak sopan apabila dalam kalangan orang ramai, isteri dilihat memberikan ciuman terakhir kepada jenazah suami. Bukan sahaja jenazah, pasangan suami-isteri juga tidak sopan apabila berciuman di khalayak ramai.

 

 

Add Comment