Apa Makna Mimpi Didatangi Ibu Bapa Telah Meninggal Dunia

Pernah bermimpi tentang ayah atau ibu baik yang sudah Almarhum? Ingin tahu apa sebabnya?

Mak mertua saya pernah tanya saya “Halil selama mak meninggal berapa kali mimpi mak arwah mak?”. Saya jawab dengan nada sedih..” Ermm baru 2 kali mama. Seminggu selepas mak meninggal dan masa Halil sibuk kerja sebelum kahwin. Kenapa mama?”

Mak mertua saya kata, “Maknanya Halil anak yang baik yang sentiasa bagi dia pahala dan amal dalam kubur. Kalau Halil kerap sangat mimpi tu tandanya dia tak senang kat alam sana dan dia nak amalan dan doa daripada Halil..”

Saya baru faham, ingat selalu mimpi mak tanda mak sayang kat kita. Rupanya bukan.. Ya Allah. Saya terus bergenang air mata teringat balik. Mungkin kali pertama seminggu lepas mak saya meninggal sebab rindu. Yela masa mak saya sakit kat Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu masa tu saya tu saya dah 18 tahun.

Masa tu saya masih mak saya suapkan makan. Manja sangat dengan arwah mak. Tapi kali kedua saya mimpi saya ingat masa tu saya sibuk sangat. Bisnes tengah maju. Duit belas ribu dapat untung masa tu tapi sedih masa tu saya jarang bukak Quran, tak baca Quran. Saya lalai sangat masa tu.

Baru saya faham bila mak mertua saya cakap macam tu. Ya Allah. Sebenarnya mak kita yang dah meninggal dunia mereka sangat dahagakan amalan dan doa daripada anak-anak yang soleh. Saya pernah dapat nasihat daripada Prof Dr. Razali Nawawi, Presiden ABIM yang pertama. Dia kata, “Kholil, niatkan puasa kita solat kita sedekah kita semua untuk mak ayah kita. Sebab mungkin dalam hidup mereka mereka pernah tinggalkan puasa tinggalkan solat.”

Ya Allah, rindunya arwah mak. Rindu sangat-sangat. Adik buat dakwah. Adik ceramah pada pelajar-pelajar untuk jadi baik. Adik baca Quran. Adik buat sedekah Infaq semua adik nak niatkan untuk mak dan ayah. Mak, maafkan adik tak sempat khidmat mak sepenuh hati adik. Mak, maafkan adik. Mungkin adik pernah buat mak kecil hati dan nangis sebab adik. Mak suka dengar adik baca Quran masa adik kecik. Nanti dalam syurga adik bacakan Quran untuk mak depan mak ya. Huhuk rindu mak sangat.

Ya Allah, tenangkan mak ayah kami di alam barzakh. Letakan mereka di kalangan orang-orang beriman. Janganlah kau azab mak ayah kami. Amin.

 

Add Comment