Apa Nak Buat Jika Ada Kematian Ahli Keluarga Di Waktu Malam?

Mati itu rahsia ALLAH S.W.T dan setiap manusia yang hidup pasti akan merasakan mati. Oleh itu, penting untuk kita bersedia dari segi mental dan fizikal.

Jika berlakunya kematian yang membabitkan ahli keluarga pada tengah malam, perkara-perkara ini yang harus dilakukan.

1. Jangan cemas, sabar menerima ketentuan ALLAH S.W.T. Perasaan cemas boleh membuatkan akal tidak dapat berfikir dengan baik. Seboleh-bolehnya bertenang.

2. Maklumkan kpd ahli jawatankuasa masjid terdekat. InsyaAllah orang masjid akan membantu uruskan jenazah. Penting untuk setiap ahli keluarga menyimpan nombor telefon jawatankuasa masjid bagi memudahkan urusan.

3. Sementara itu sapu minyak di kelopak mata arwah untuk lembutkan kemudian cuba rapatkan mata arwah jika masih terbuka.

4. Begitu juga dengan tangan, sapu2 sedikit minyak di kedua2 siku untuk lembutkan kemudian letakkan kedua-dua tangan di atas perut.

5. Letak sesuatu yg agak berat sikit spt gunting besi atas perut, supaya tak masuk angin.

6. Kelopak mata kalau payah nak tutup,letakkan syiling

7. Tangan diikat dengan perca kain.

8. Kepala hingga dagu juga elok ikat dgn perca kain.

9. Jika ada darah yang keluar dari hidung/telinga, sumbatkan dengan kapas untuk menahan darah dari terus menitik keluar

10. Selimutkan arwah dengan kain yang dapat menutup seluruh jasad dari kepala hingga kaki. Boleh guna sebarang kain samada kain batik panjang dsb, asal saja dapat menutupi jenazah.

11. Rehatlah dan cubalah untuk tidur dulu sementara menunggu subuh kalau kematian berlaku seawal jam 12 atau 1 pagi. Tetapi jika masih juga tidak dapat tidur, baca lah surah Yasin bersebelahan arwah. Moga rohnya dalam keadaan tenang.

12. Mesti ada pengesahan kematian dari doktor klinik/hospital.

13. Bila dapat surat pengesahan tersebut baru buat laporan di balai polis berhampiran.

14. Polis kemudiannya akan keluarkan Permit Pengkebumian/surat mati untuk urusan pengkebumian jenazah.

15. Menjadi ahli khariat kematian samada di surau berdekatan rumah/masjid.
Jika kita tiada khairat kematian, sediakan duit berjumlah rm540 untuk pengurusan jenazah dari awal urusan dimandikan, dikafankan sehinggalah selamat dikebumikan(wang boleh serah kemudian, pihak masjid boleh dahulukan). Lain tempat lain jumlam bayarannya.

Masih ada yang belum mengetahui apa yang harus dilakukan seandainya ada kematian secara mengejut. Sesungguhnya mati itu rahsia ALLAH S.W.T yang tidak diketahui masa dan tempat. Oleh sebab itu penting untuk kita membuat persiapan menemui ALLAH S.W.T. Sentiasalah beramal ibadah, berbuat baik dengan semua orang untuk bekalan mengadap Illahi. Kongsikan artikel ini kepada sahabat handai dan ahli keluarga.

Sumber : apekecoh.com

 

 

Add Comment