Inilah 15 Tips Travel Ke Istanbul, Turki Buat Backpacker

3 tahun sudah aku menetap dan berniaga di kota besar yang pernah menyimpan sejarah kegemilangan Empayar Uthmaniah satu ketika dulu ini.

Sebagai seorang yang berpengalaman tinggal di Turki dan menjalankan perniagaan berasaskan tour melalui pakej, aku ingin berkongsi 15 perkara berikut yang mungkin boleh dijadikan panduan buat anda yang akan travel ke sini.

tip-travel-ke-turki-2

1. Lokasi hotel

Pilih hotel di sekitar Sirkeci. Kedudukan Sirkeci ini antara Sultan Ahmet dan Spice Bazar. Jaraknya berjalan kaki sahaja. Dekat dengan tempat makan murah, stesyen tramvay, tempat shoping murah dan Bosphorus cruise.

2. Harga makanan

Sebelum duduk makan pastikan lihat harga pada menu dahulu. Tetapi sesetengah tempat walaupun harga makanannya mahal, boleh dimakan untuk 2 orang kerana hidangannya banyak.

3. Makanan Turki

Rasa makanan Turki berlainan dengan makanan Malaysia yang penuh rempah dan pedas. Makanan Turki agak kurang dari segi rasanya terutamanya makanan untuk sarapan.

Mereka hanya makan roti, jem, buah, keju & zaiton. Jika tekak anda sememangnya selera Melayu yang memerlukan makanan pedas anda disarankan membawa cili sos, sardin atau apa-apa yang pedas.

Nasi agak mudah untuk didapati di Turki cuma rasanya agak berlainan kerana ia dimasakkan dengan mentega. Harga nasi juga agak mahal sekitar 4 – 6 Lira semangkuk kecil.

tip-travel-ke-turki-4

4. Duit

Tukar duit euro di Malaysia kemudian tukar duit Turki Lira di Istanbul.

Jangan tukar duit di pengurup wang di lapangan terbang kerana mereka mengenakan caj 4%. Pengurup wang yang dengan rate berpatutan boleh didapati dalam Grand Bazar dan di stesen tram Aksaray dan Laleli.

5. ATM

Cara yang lebih baik untuk uruskan wang anda sewaktu travel di sini adalah dengan mengaktifkan pengeluaran antarabangsa kad ATM Malaysia anda sebelum keluar negara.

Kadar tukaran bank-bank Malaysia berikan selalunya lebih baik, cuma perlu bayar caj pengeluaran antarabangsa sebanyak RM10.60 (tertakluk pada bank masing-masing).

Cuma ada sesetengah bank Turki akan mengenakan caj 4%. Mereka akan menyatakan di skrin sebelum anda tekan “OK” untuk pengeluaran duit. Jika anda tidak setuju boleh batalkan transaksi dan cari bank lain.

Antara bank Turki yang ok ialah ING bank, AK bank, Kuveyt bank dan Vakif bank. Bank-bank ini boleh mengeluarkan 3350 Lira (RM5000) sekali transaksi.

tip-travel-ke-turki-3

6. Waktu terbaik ke Turki

Turki ada 4 musim.

i. Musim sejuk harga lebih murah dan boleh bermain salji cumanya kena tahan sejuk. Waktu siangnya juga pendek. Musim sejuk sekitar bulan Disember sehingga Mac.

ii. Musim bunga paling cantik bermula 1 April sehingga 30 April. Cuaca panas tetapi berangin sejuk. Istanbul dipenuhi dengan bunga tulip.

iii. Musim panas sekitar Mei sehingga September. Waktu siang lebih panjang, banyak aktiviti boleh dilakukan. Harga hotel naik 2 kali ganda dari biasa. Pelancong memenuhi Turki sekitar musim ini.

iv. Musim luruh sekitar Oktober dan November. Cuaca tidak panas cuma kadangkala hujan. Istanbul mulai lengang dengan pelancong. Daun-daun maple kuning keemasan boleh dilihat sekitar bulan November.

7. Bahasa

Kebanyakkan orang Turki tidak tahu bertutur bahasa Inggeris. Mereka yang tahu bertutur bahasa Inggeris mungkin hanya boleh dijumpai di kaunter hotel atau bazar-bazar.

8. Tandas

Hampir kesemua tandas Turki mengenakan bayaran sebanyak 1 Turkish Lira (bersamaan RM1.50). Ketika musim sejuk mungkin anda lebih kerap ke tandas.

Jadi setiap kali ke restoran gunakan tandas restoran atau stesyen minyak bagi menjimatkan duit tandas anda.

tip-travel-ke-turki-7

9. Membeli belah

Bazar yang popular di Turki ialah Grand Bazar dan Spice Bazar. Grand bazar lebih banyak barang-barang pilihan cumanya harga lebih mahal daripada Spice bazar.

Pastikan anda minta diskaun sehingga 60% di Grand Bazar! Peminat barangan kulit boleh dapatkan harga lebih murah di Bursa.

10. Lapangan terbang (Airport)

Istanbul ada 2 lapangan terbang. Pertama, lapangan terbang Ataturk, dan yang kedua lapangan terbang Sabiha Gochen.

Pilih lapangan terbang Ataturk kerana ia lebih dekat dengan Sultan Ahmet. Sabiha Gochen pula terletak di bahagian Asia.

11. Wuduk

Jika anda melancong ke Turki pada musim sejuk, pastikan anda sudah mengambil air wuduk ketika di hotel.

Ini bagi mengelakkan anda tidak tahan dengan kesejukan jika mengambil wuduk di luar. Kebanyakkan tempat wuduk di masjid-masjid di sini tidak mempunyai heater.

12. Wifi dan simkad

Turki adalah negara yang tidak mesra wifi. Lapangan terbang dan restoran kebanyakkannya tidak mempunyai kemudahan wifi. Simkadnya pula agak mahal.

Biasanya simkad beserta internet 1GB berharga 70 – 80 Lira. Jika anda bersama teman, mungkin boleh beli satu simkad beserta pakej internet 3GB. Aktifkan hotspot dan berkongsi dengan teman-teman anda.

tip-travel-ke-turki-5

13. Istanbul kart

Kad ini sangat berguna untuk anda berjalan sekitar Istanbul. Kad ini boleh digunakan untuk semua train, bas, feri, cable car di Eyup Sultan dan tandas. Kad ini berharga 7 Lira.

Boleh dibeli di mesin kad tramvay di tingkat bawah lapangan terbang Ataturk. Juga boleh didapati di kiosk-kiosk sekitar stessen tram.

14. Keselamatan

Di Turki tiada kes ragut, penyeluk saku dan sebagainya. Tetapi akviti scammerdan ‘pow’ pernah berlaku kepada pelancong Malaysia. Contohnya:

i. Jika anda disapa oleh orang Turki yang mengajak anda minum kopi di pub, jangan sesekali mengikutinya. Anda mungkin terpaksa bayar harga secawan kopi yang bernilai 500 USD.

ii. Naik teksi bermeter, jika tidak kemungkinan anda di ‘pow’ oleh pemandu teksi adalah tinggi. Tetapi kebanyakkan teksi di Turki mempunyai meter yang sah.

15. Niat

Berjalanlah ke Turki dengan niat untuk mempelajari sejarah dan budaya yang ada di Turki. Kegemilangan Islam memerintah 2 per 3 dunia pernah ada di sini.

Lihat bagaimana cara orang Turki hidup atau bagaimana mereka menjaga kebersihan. Jangan pulang dari Turki sekadar dengan gambar selfie penuh di album. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.

Sumber: The Vocket

Add Comment