Inilah Cara Rasulullah s.a.w Memujuk Isteri Yang Merajuk dan Marah..

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

عَنِ الْقَاسِمِ بْنِ مُحَمَّدِ بْنِ أَبِي بَكْرٍ ، قَالَ : كَانَتْ عَائِشَةُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا إِذَا غَضِبَتْ عَرَكَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِأَنْفِهَا ، ثُمَّ يَقُولُ : ” يَا عُوَيِّشُ ، قُولِي : اللَّهُمَّ رَبَّ مُحَمَّدٍ ، اغْفِرْ لِي ذَنْبِي ، وَأَذْهِبْ غَيْظَ قَلْبِي ، وَأَجِرْنِي مِنْ مُضِلاتِ الْفِتَنِ ” .

Maksudnya;
“Daripada Al-Qasim bin Muhammad bin Abi Bakr, katanya : Apabila Aisyah sedang marah, Nabi SAW memicit hidungnya seraya berkata :”Wahai ‘Uwaiyish, katakanlah, Ya Allah tuhan Muhammad, ampunilah dosaku. Dan hilangkan kekerasan hatiku, dan lindungi aku dari fitnah yang menyesatkan”.( Riwayat Ibnu Sunni dalam kitabnya Amal Al-Lail wa Al-Lailah : 455)

Huraian ringkas :

Hadis ini merupakan satu panduan dari Nabi SAW kepada lelaki dalam menghadapi isteri yang kadangkala agak keterlaluan dalam memarahi sesuatu perkara.

Jika diperhatikan, hadis ini menyebut bahawa dikala Aisyah sedang marah, Nabi SAW tidak memanggilnya dengan panggilan biasa, tetapi memanggil dengan panggilan yang mengandungi unsur manja dan mesra, iaitu dengan menyebut “Ya ‘Uwaiyish” atau diterjemah melayu “wahai ‘Aisyah yang kecil molek”.

Disamping itu juga, Nabi SAW menunjukkan dari sudut perbuatan manja dan mesra dengan memicit hidung Aisyah dikala melakukan teguran tersebut.

Apabila perempuan dipanggil dengan panggilan manja dan diperlakukan seperti itu, pasti perasaan mereka akan berubah. Marah yang meluap-luap ibarat kebakaran akan berjaya dipadamkan dengan air manja dan sentuhan. Dengan tindakan Nabi SAW itu, pasti kemarahan mereka akan reda, dan dalam masa yang sama Baginda SAW telah berjaya mewujudkan suasana mesra dalam menjalani kehidupan berumah tangga.

Alangkah indahnya aturan Allah dengan mendatangkan Nabi SAW dalam menjaga manusia. Kisah sebegini sepatutnya dijadikan pengajaran kepada semua manusia yang berumah tangga, agar kehidupan berkeluarga akan sentiasa indah dan bahagia.

#tipskeluargasejahtera
#IniBahagianDakwahJakim

Perempuan memang manja… Dan perlukan perhatian… Tak susah memujuk asalkan kalau dah suami pujuk tuh tak payah la nak jual mahal pula… Tu yang buatkan lelaki malas nak pujuk lagi…

Add Comment