Inilah Perkara Yang Tidak Patut Dilakukan Ketika Menghadiri Majlis Kahwin Tetapi Masih Ramai yang Lakukannya…

Kalau dulu dengar je orang nak kahwin, mesti tarikh tu tarikh budak-budak cuti sekolah lah, cuti umum lah. Sekarang dah tak macam dulu, bila-bila masa je tak kira cuti sekolah ke tak, ada je kad undangan yang sampai.

Seronok kan bila menghadiri majlis kahwin ni, majlis kahwin kawan-kawan, jiran tetangga. Tapi yang tak best nya tu bila dah datang rumah orang bukan nak kunci mulut tu, semua nak di complaint.

Tempat sanding tak lawa lah, mekap tebal sangat lah, makanan tak sedap lah. Kalau nak hadiri majlis perkahwinan, pastikan korang lupakan 6 perkara ni dulu ya.

1. Mengumpat Pengantin

Yang ni memang selalu kita tengok, sampai-sampai je rumah pengantin terus pelok pengantin. Yang peliknya bukan ucapan tahniah yang keluar dari mulut, tapi sibuk nak complaint mekap tak lawa lah, mekap tebal sangat lah. Tolong jaga kata-kata anda, jangan sampai pengantin berkecil hati dengan perangai anda

2. Complaint Makanan Tak Sedap

Tengah-tengah mengunyah tu masih sempat mengata makanan tak sedap, tapi dalam mengata tu 2 pinggan bertambah.

3. Gosip Pasal Bilik Pengantin

Setelah selesai makan, selalunya rakan-rakan pengantin akan masuk ke bilik pengantin perempuan untuk mengucapkan tahniah kepada pengantin, tapi anda sibuk nak complain kata dekorasi bilik tak lawa, warna katil dengan langsir tak sesuai. Tolong kawal mulut anda daripada tegur perkara-perkara yang tidak perlu.

4. Perlekeh Door Gift

Bila dapat door gift bukan nak ucap terima kasih, tapi perlekehkan lagi pemberian orang. Asalkan pengantin dan keluarganya ikhlas memberi, anda terima lah dengan senang hati, bukan hanya tahu nak mengata saja.

5. Mengata dan Mengumpat Tuan Rumah

Apabila datang ke rumah orang, sila jaga adab. Jangan mengumpat tuan rumah, diam dan lakukan apa yang patut sahaja.

6. Bungkus Makanan

Memang ada yang suka tapau makanan dari majlis kahwin. Jika tidak disediakan lebih baik anda duduk saja diam-diam, jangan memandai-mandai membungkus lauk dan membawa pulang. Fikirkan juga tetamu-tetamu yang masih belum hadir ke majlis tersebut.

Kalau Ke Majlis Kahwin Sebaiknya!

Kalau datang kenduri jagalah tingkah laku dan percakapan. Jangan kenduri jadi tempat bergosip dan mengumpul dosa. Tuan rumah dah berusaha menjamu dan meraikan kita, jadi bersyukurlah.

Sumber: Nakbebel

Add Comment