Jom Baca Tanda-Tanda Kematian 100 Hari Sebelum Malaikat Maut Menjemput Kita!

Setiap manusia di dunia pasti akan mati. Cuma bezanya, ialah masa dan waktu. Ramai orang beranggapan yang kita mesti tidak sia-siakan usia muda. Kononnya orang muda belum sampai waktunya lagi untuk mati. Siapa kita untuk berkata demikian? Bayi di dalam perut pun boleh mati, apa lagi kita? Beringatlah, Malaikat maut akan memerhati setiap seorang daripada kita sebanyak 70 kali sehari. Amat pedih dan sengsaranya apabila malaikat maut mencabut nyawa kita. Allahu, sudah bersediakah kita? Sudah cukup amalan kita untuk dibawa ke sana? Ke mana hala tuju kita?

Tanda 100 Hari Sebelum Hari Kematian:

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Namun, semua orang Islam akan mendapat tanda ini, hanya apakah mereka sadar atau tidak saja. Tanda ini akan berlaku lazimnya setelah waktu Asar. Seluruh tubuh mulai dari hujung rambut sampai ke hujung kaki akan mengalami getaran, seakan-akan menggigil.

Contohnya, seperti daging lembu atau kambing yang baru disembelih. Dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya nikmat dan bagi mereka yang sadar dan berdetak di hatinya bahwa mungkin ini adalah tanda kematian. Maka, getaran ini akan berhenti dan hilang setelah mereka sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan dunia tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa ada manfaatnya. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini, maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan waktu yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah dia mati.

Tanda 40 Hari Sebelum Hari Kematian:

Tanda ini juga akan terjadi sesudah waktu Ashar, dimana bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada saat ini, daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pohon yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka, malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaan ke atas kita antaranya adalah ia akan mula mengikuti kita sepanjang waktu. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas pandang dan jika ini terjadi,, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah setara dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya. Subhanallah!

 Tanda 7 Hari Sebelum Hari Kematian:

Tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah sakit di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba dia berselera untuk makan. Orang ramai akan menjadi hairan, orang ramai akan beranggapan bahawa orang yang sakit itu mulai sembuh tapi hakikatnya, ajalnya hampir tiba. Selera makan kadang-kadang terlampau bagus sehingga orang menganggap di badannya mempunya ‘sesuatu’.

Tanda 3 Hari Sebelum Hari Kematian:

Pada saat ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat diketahui atau difahami, maka berpuasalah kita setelah itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis di kemudian hari. Ini juga akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan turun seperti sudah mula kendur. Ini dapat diketahui jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk kedalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 Hari Sebelum Hari Kematian:

Akan berlaku sesudah waktu Assar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di bahagian ubun-ubun kepala di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya. Jika anda sudah merasa petanda ini, eloklah memohon ampun dan maaf kepada semua orang, dan jika masih berhutang, segeralah langsaikan takut tidak sempat. Masih sempat jika bertaubat In Shaa Allah.

 Tanda Akhir:
Akan terjadi keadaan dimana kita akan merasakan umpama udara masuk di bahagian pusat dan akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum (bahagian leher). Ketika ini haruslah kita terus mencuba mengucap kalimat syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Bersiap siaplah, hari itu pasti akan datang! Sudah siapkah bekal kita? Sudah baca? Sila share kepada orang ramai.

Add Comment