Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Kenapa Bila Solat Kita Susah Nak Khusyuk? Mesti Baca..

WAKTU TAK SOLAT, TAKDE INGAT APA-APA.. TIME SOLAT JE , MACAM-MACAM BENDA MASUK KAT KEPALA :

Atok rasa, ramai orang hadapi masalah ni.. Time kita tak solat, takde pulak pikir pasal apa2.. Time baca Fatihah, baca Surah, time Tahiyyat, time tu jugak la teringat baju kat ampaian, kasut kat luar, keter dah nak mati roadtax.. Benda merepek2 yg masuk dlm kepala.. Abes je bagi salam, takde pulak pikir pasal benda2 ni semua.. Bila dah khayal ingat benda2 ni semua, kita pun terlupa rakaat ke berapa.. Ada tu, kita rasa mcm kentut, tapi betul ke kentut? Kalau kentut, batal wudhu.. Batal ler solat.. Ishhh.. Camne nak buat ni? Camne la nak khusyuk solat ni??

Meh sini atok habaq sat… Bila kita solat, akan hadir Iblis bernama Khanzab.. Dia ni kejenya memang mengacau orang solat.. Kita akan teringat benda2 tak penting, pastu terlupa rakaat, pastu dia timbulkan keraguan kita kentut ke tak.. macam kentut, macam tak..

Nabi SAW ada berpesan yg diriwayatkan oleh Imam Ahmad pasal benda ni.. Kalau kentut, pastikan telinga kita dengar bunyi dan ada bau.. Kalau takde, tu si Khanzab nyer kejer le tu.. Kalau teringat benda2 kat luar solat, tu kejer si Khanzab jugak.. Jahat kan dia ni? Samseng sungguh! Memang dia nak lalaikan kita.. Nak kita tak khusyuk dalam solat.. Bila kita khayal teringat benda2 ni, tapi mulut kumat kamit baca bacaan dlm solat, si Khanzab ni berdekah-dekah ketawakan kita.. Cis!!!

Cara nak lawan si Khanzab ni 👇

1. Baca Ta’awuz

(a’uzubiLLaHiminassyaitonnirrojim) sebelum solat pastu ludah ke kiri 3x (syarat meludah je.. Bukan ludah dgn kahak-kahak sekali keluar)

2. Baca Ayatul Kursi 1x

3. Baca Surah an-Nas 1x

Pastu boleh niat dan teruskan solat.. Cuba fahami maksud ayat2 bacaan solat tu.. Sebab tu kita kena belajar.. Apa tafsiran al-Fatihah, surah2 yg kita baca, bacaan waktu ruku’, i’tidal, sujud dan lain2.. Jadi sambil kita baca, kita faham.. Bukan hafal dan baca tegak je.. makin senang ler si Khanzab ni nak mengacau.. Ok, pasni cuba taktik ni.. Tengok siapa menang, kita atau syaitan?

In shaa Allah 😉

Dosa yang paling besar, yang paling banyak dan sering dilakukan manusia pada hari ini dan hampir ada didalam setiap rumah ialah Dosa Meninggalakan SOLAT.

Nabi kata, pemisah diantara islam dan kufur ialah Meninggalkan Solat.

Sebab satu orang manusia bila dia tak sembahyang, dia buatlah seribu kali umrah, dia bacalah Al-Quran sehari 30 juzuk, dia bersedekahlah sebulan RM50k pun,

Nescaya kesemua ibadat dia tidak diterima dan ditolak mentah mentah oleh ALLAH SWT

Tuan-tuan, apa kunci Allah terima semua jenis ibadah?

“SOLAT”

“Masa kecik-kecik… adik beradik tidur bersama,

Bila sudah besar bilik masing-masing,

Bila sudah nikah, rumah masing-masing,

Bila sudah tua, seorang demi seorang adik-beradik pergi, tiada lagi bising,

Mulanya berkumpul … penutupnya kubur masing-masing.

Wahai adik-beradikku,

disebabkan kubur masing-masinglah kita selalu kena saling berpesan-pesan.

Jika satu kubur boleh juga kita tolong-menolong,*

Ingatlah … disana tiada abang, kakak, adik…

Hanya kau dan amal mu,

Bersedia selalu, bersiap selalu,

Malaikat Maut tidak lihat tua, muda atau bayi,

tiba masa ia tetap menjalankan perintah tanpa menunda…!!!

Jika anda ingat mati, anda orang yg bijaksana…!!!

“ALAM BARZAKH PERMULAAN KEHIDUPAN YANG SEBENAR”

sedih kan? Share jika bermanfaat..

Add Comment