Mari Bercuti ke Medan, Indonesia

Anda teringin untuk melancong tetapi rasa takut dan gentar? Apa kata mula dahulu bercuti di negara jiran seperti Indonesia. Indonesia mempunyai tempat yang sangat menarik dan cantik seperti Medan. Mari bercuti ke Medan! Pernah dengar perkataan Horas? Horas adalah panggilan selamat daripada kaum Batak. Kali ini, admya and the geng bercuti ke Medan, bandar ke- 4 terbesar di Indonesia. Tanggapan kami sebelum tiba di Medan, ialah Medan adalah seperti bandar lain yang pernah kami kunjungi sebelum ini iaitu Jakarta dan Bandung -boleh beli belah dan banyak tempat menarik untuk dilawati. Ternyata, kami silap. percutian ke Medan lebih memukau dan berbeza sama sekali.

Tip 1 1. Book ticket flight?(kami book setahun sebelum travel,lama giler tunggu,sebab nak murah punya pasal)
2. Book hotel – boleh booking through agoda ke trivago atau lain2 web yang korang suka.
3. Book supir@pemandu pelancong

Namun,pengalaman kali ini memberi seribu makna. Bermula dengan flight Air asia yang tertunda selama 3 jam. Serik rasanya guna air asia. Selama setahun booking, 3 kali AA tukar jadual flight. Pada hari boarding pun, lewat. Bayangkan, kami tiba di flight Penang pada jam 6:30 pagi dengan harapan akan berlepas pada jam 9 lebih,namun tertangguh hingga jam 12 tengahari. Lupakan drama air asia.Kami selamat sampai di Kualanamu,Medan,
(Airport ni baru buka, jadi lebih cantik dari Airport Medan yang lama).

Oleh kerana kami dah booking supir, jadi keluar pintu airport, supir dan sedia menunggu kami. Kami guna Pak Roy.
Oh ya,  perjalanan kali ni, kami booking hotel sendiri, dan susun itinerary sendiri. Itinerary kami sama macam travel agent punya.haha

 Tip 2 (kami nasihatkan kepada korang yang nak pi medan, booking hotel siap2 dengan travel agent di Indonesia(ambik package dari supir.-agak murah dan dorang boleh tolong pilihkan bilik yang best(view)

Oleh sebab kami booking sendiri,pilihan untuk bilik adalah terhad,terima jela.Keluar sahaja dari airport, kami terus pi makan tengahari,lapar sangat!al maklum,nunggu kat terminal lama sangat, disebabkan flight yang tertangguh.

Kedai makan tengahari(hari pertama)
Kedai ayam penyet cinderalas-sedap makan kat makan sini.

yang bestnya, semua restoran makan di Medan, pakej makan dia hanya sediakan,air masak,

Tip 3 jadi kalau korang nak order jus(kena bayar asing) tapi sebab kami baru sampai, jadi supir belanja kami jus.hihi
Air jus yang pelik skit(jarang dijual di Malaysia)- Jus avokado, jus special(dalam dia ada nangka,tapi hidangan dia macam cendol),
kalau di sini fresh orange dorang panggil jus sunquick. Kalau order jus oren,dorang akan hantar jus jeruk(oren tangarine)

Then kami teruskan perjalanan ke Danao Toba.
Perjalanan ke sini mengambil masa 5 jam. Bertabah la dalam van.

Tip 4 Yang tak tahan,mabuk kenderaan(boleh tido or sediakan minyak angin). Kalau tak bawak, minta supir singgah kat kedai mart utk beli fresh care, minyak angin terbaik dorang-siap bau aromatherapy lagi.(beli berkotak sebagai cenderahati)
Perjalanannya penuh berliku, namun berbaloi, kerana kita dapat melihat suasana kampung/  kehidupan orang Medan sendiri.
Permandangan tu benar-benar menyedarkan kami,bertapa beruntungnya kita di Malaysia,kampung kita tidak sedaif mereka.

Kedai 1
Kedai Paten.

Rasanya semua supir akan bawak pelancong ke sini. Kedai ni menjual pelbagai kekacang,cuma namanya pelik sikit, Teng-teng,tong-tong. haha Kami tak beli banyak,sekadar syarat je, sebab harga agak mahal. Lagi pun, kekacang je pun, boleh dapat di Malaysia. Kalau datang dari negara lain, mestilah kena beli sebagai ole-ole.

Oleh kerana, Danao toba ni terletak di pergunungan, pemandangan yang tasik terjadi hasil ledakan gunung berapi memang menkagumkan. SubhanaAllah.

Sebelum makan malam, kami beli simcard dulu (harga 90 ribu rupiah= rm30) berbaloi. Kami beli sebab nak whatapp senang or call di luar kawasan hotel.

Kedai makan malam- di restauran tapi x ingat nama dia. area hotel danao toba

Hotel Danao Toba Cottage, Parapat

Hotel pilihan ramai rakyat Malaysia. sebab pertama, pemandangan(kami asyik berposing ambik gambar je)
sebab kedua(dekat untuk pergi pulau simosir esok harinya).

Hotel ni memang cantik, tapi kemudahan dia biasa-biasa je.

Tip 5 Hotel ni takde iron ye, Plug pun ada satu, dinasihatkan bawak  international travel plug siap dengan extension plug. Bayangkan, satu plug, charge go pro, 2 plug charge handphone. hotel lain pun memang disediakan satu je port
Lagi satu, takde lif, 

Tip 6 – utk perempuan (sila bawak travel iron atau tudung yang tak perlu iron)
Perkhidmatan iron ada di sini tapi kena bayar, adik ada servis utk gosok tudung dia. charge- 13500 rupiah untuk 3 helai tudung bawal. (hotel ni je tak iron) Esoknya, kami sarapan di hotel, Makanan dia boleh tahan

Hari kedua
Check out hotel dan bergerak ke Pulau Simosir.

Pulau Samosir- Melawat ke Medan memang penuh dengan pemandangan Indah Alam. Siapa yang suka “nature therapy”memang sesuai.

Jarak dari hotel ke jeti dekat je,kira-kira 5 minit.  Perjalanan feri mengambil masa 45 minit.
Tips 7 

Sebelum bergerak, ada budak-budak menyanyi, lepas tu minta tip(byrn seikhlas hati) dinasihatkan kepada korang bayar asing2 pada setiap bdk, jangan bagi kat sorang je,sebab dorang takkan share, anggap korang bagi kat dia je.

Tip 8: Di Pulau ni banyak barang2 cenderahati dijual. Tshirt cenderamata agak mahal.Nasihat saya lebih baik beli di Berastagi, kualiti pun lebih elok

Tips:  Usah  mudah cair dengan pujuk rayu dengan kata-kata manis penjual yang kononnya murah. Survey atau jalan2 dulu untuk bandingkan harga.

Macam-macam barang ada.
Perkampungan Orang Batak Muslim(Perkampungan Tomok)

Habis je tour de island, kami pun bergerak ke Berastagi. Perjalanan sungguh adventure. Bagi yang mabuk kenderaan, elok lah sediakan minyak angin atau beli fresh care dekat kedai mart di sana. bau wangi, pening pun kurang.hehe Apa yang menarik di Berastagi?

Pasar -Bukan setakat buah-buahan,tapi bunga,pakaian dan Souvenir ada di sini Ladies, apa lagi time untuk shopping. Bagi yang tak nak shopping, boleh jalan-jalan dengan kereta kuda yang ada di sini. Souvernir di Berastagi lebih murah dan lebih kualiti.(pandai-pandai le tawar menawar) Kalau makanan -apa kata cuba murtabak di sini. Special katanya.

Hotel Hari Kedua – Sinabung Hills Resort( Hotel yang kami tinggal pada hari kedua)

memang terbaik pemandangan hotel ni. Makan pun sedap.
Hotel ni pun takde lif.
Antara tempat menarik lain yang kami pergi:
Air terjun Piso-Piso, Karo,
SubhanaAllah.Cantik kan Melihatkan pemandangan ni, menghilangkan penat yang ada.  Perkhidmatan Ambik gambar(snap-printsiap) di sini buat kenang-kenangan pun agak murah.

Hari ketiga:

Kami check out dari hotel dan menuju ke Medan. Dalam perjalanan korang akan nampak banyak signboard ucapan bunga macam ni. Ini memang tradisi orang Medan di sana. Kalau ada majlis kahwin ke, majlis dapat baby ke. Tersusun kat tepi jalan.
Kami stay di Hotel Medan 61- Review hotel-.  Good location,Bilik ok cuma breakfast dia agak limited dan tak berapa sedap.Hotel tak buat buffet, Mujur dekat dengan Medan Fair Plaza dan ada Restoran AnW di tingkat satu hotel.Malam ada pasar malam dekat hotel-lintas jalan sampai.( Shopping lagi). Barang pun agak unik di Pasar Malam- Macam-macam beli- beg kulit, tali pinggang, baju dress,blouse (biase la orang perempuan,haha)
Aktiviti di Medan
Lawatan ke Istana Maimun- Rupanya Sultan Medan ada ikatan dengan  keturunan Sultan Perak.  Yang menariknya pasal Istana ni- Istana ini masih dihuni oleh keluarga diraja. Jadi hanya sebahagian sahaja di buat pameran.Kalau ada istiadat, Istana ini akan ditutup.(Kiranya Sultan Medan masih tinggal di sini).
Dalam istana boleh ambil gambar tapi tak boleh sentuh. Kami siap bergambar dengan memakai pakaian songket ala puteri raja(sewa baju) di sini, kalau nak rasa jadi puteri MedanTak mahal pun.
Malam di Medan-  Kami pergi jalan-jalan di Merdeka Walk untuk bersantai.
Oh ya,untuk shopping telekung,kain batik dan lain-lain di Medan ada juga di Medan cuma tak banyak seperti di Bandung. Kuatkan semangat korang time shopping kat tempat ni. Pasti ada je peniaga jalanan yang “follow”. Naik rimas dibuatnya. 
Kain batik jawa boleh la beli kalau nak beli sebagai cenderahati tapi harga memang agak mahal. Baik beli Kain batik jawa di Langkawi -lagi murah. Haha
Shopping Bika Ambon(kek lapis)sedap sangat, dan Kopi untuk bawa balik Malaysia
Barang wajib bawak balik sebagai cenderahati selain keychain dan freshmagnet- Fresh Care(Minyak angin beraroma therapy)
ini dia – Fresh Care- boleh bagi kawan-kawan sorang satu. Lain sikit, selalu bagi keychain je kan.
Sumber: http://admya.blogspot.my

Add Comment