Sebab Dilarang Gantung Gambar Kahwin Dalam Rumah

Sudah menjadi kebiasaan setiap orang mahu mengabadikan kenangan dengan mengantung gambar di dinding-dinding rumah.

Tetapi, tahukah anda sebenarnya mengantung gambar kahwin tidak dibenarkan dalam Islam? Mengapa?

Sebagai umat islam, penting untuk kita mengetahu apa yang boleh dan apa yang dilarang dalam islam. Ini kerana ianya berkait rapat dengan akhlak kita ketika berada di dalam rumah.

Sekarang zaman moden, zaman orang suka berselfie, pergi melancong, tengah makan, tidak kira dimana dan waktunya, kita akan mengambil gambar untuk simpanan masa tua nanti. Untuk memastikan gambar-gambar tersebut tidak hilang dan rosak, kita akan mencuci gambar dan menyimpannya ke dalam album gambar.

Dan jika ada gambar keluarga, kita pasti akan mengantungnya di dinding rumah bukan? mungkin itu tiada salah nya pada kita, kerana ianya hanyalah sebuah gambar untuk dibuat hiasan didalam rumah.

Tetapi sebelum mengantung gambar tersebut, kita harus selidik terlebih dahulu, samada gambar tersebut boleh atau tidak boleh digantung. Dalam islam ada sebuah hadith yang menyebut, Hadith yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari bahawasanya Nabi saw bersabda yang bermaksud:

“Sungguhnya para malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada didalamnya gambar, patung, anjing dan orang yang junub.”

Malaikat yang dimaksudkan dalam hadith ini ialah malaikat rahmat. Manakala yang dimaksudkan dengan gambar pula ialah gambar makhluk bernyawa.

Dalam hadith ini, gambar yang dilarang ialah bukan semata-mata gambar makhluk bernyawa tetapi yang dilarang ialah gambar yang di gantung pada dinding seperti gambar bersanding, menerima ijazah dan sebagainya sekali pun gambar keluarga, ianya tidak dibenarkan.

Jika gambar tersebut disimpan didalam album gambar, ianya tidak menjadi masalah. Ada pun gambar-gambar yang bukan bernyawa seperti gambar kereta, motosikal, gunung-ganang, laut, penyapu lidi, penapis santan atau seumpamanya tidaklah haram di jadikan perhiasan pada dinding-dinding rumah. Share jika bermanfaat..

Add Comment