Sejauh Manakah Perlunya Wanita Memakai Sarung Kaki/Stokin? MESTI BACA!

Dalil yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah kepada Asma’ binti Abu Bakar,

“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]

Pendapat daripada yusuf Qardhawi (Fatwa ke-19).. aurat pada bahagian kaki dan pergelangan tangan merupakan sesuatu yang ada rukhsoh atau keringanan (ref : ad-Durul Mantsur oleh as-Suyuthi). stokin kaki/ stokin tangan bukanlah menjadi kewajipan sekiranya kita berada dalam rumah yang ‘ghalid’ bagi kita menguruskan rumah tersebut. cthnya keperluan mengurus dapur, memasak, mencuci pinggan mangkuk, juga keluar masuk bilik air untuk mandikan anak/ basuh berak kencing anak, dan apa sahaja tugasan harian kita di rumah, maka dibolehkan kita menampakkan kaki dan kadar segenggam pada pergelangan tangan. (fatwa yusuf Qardhawi).. bahkan pada zaman Rasulullah pernah sahabat menegur wanita yang berniaga di pasar kerana ternampak bahagian lengannya ketika menguli tepung, tetapi Rasulullah membenarkannya kerana keperluannya menyinsing sedikit bahgian lengan untuk perkerjaannya. (al-Majmu’, 3: 167-168) dan dalam website ustaz zaharuddin.net juga ada menyebutkan tentang dibolehkan menampakkan pergelangan tangan/kaki pada sesetengah keadaan yang aman daripada fitnah.

[wp_ad_camp_1]

Dua golongan di antara penghuni neraka yang belum aku lihat keduanya: suatu kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka gunakan untuk memukul orang-orang; perempuan yang berpakaian, tetapi telanjang yang cenderung dan mencenderungkan orang lain, rambut mereka seperti punuk unta yang miring. Mereka ini tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium aroma surga. Sesungguhnya aroma surga itu bisa tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian. (HR Muslim)

Ada yang tahu, beriman dan beramal akan menjadi muslim yang baik. Ada yang tahu tetapi tidak mahu beriman dan tidak mahu mengamalkan tetap menjadi muslim yang jahat. Islam membekalkan kepada ummatnya prinsip-prinsip yang jelas dalam beramal yakni rujukannya al-Quran, Sunnah, Ijma’ dan Qiyas. Kita sekali-kali tidak dibenarkan mengikut amalan kerana bangsa mereka atau keturunan mereka dan lain-lain yang berunsur taqlid.

Tuntasnya, wahai para wanita di luar sana, jagalah aurat anda dengan sempurna. Walaupun tidak mampu sekaligus, berubahlah kepada kebaikan secara perlahan-lahan. Biar perlahan asalkan ada perubahan. Sampai bila kita mahu mengumpul dosa?

Add Comment