Semua Ibu Didunia Adalah Penipu dan Pembohong…

1. Waktu makan, jika makanan itu kurang, Ibu akan memberikan makanan itu kepada anaknya dan berkata, “Cepatlah makan, ibu tidak lapar.”

2. Waktu makan, Ibu selalu menyisihkan ikan dan daging untuk anaknya dan berkata, “ibu tidak suka daging, makanlah, nak..”

3. Tengah malam waktu dia sedang menjaga anaknya yg sakit, Ibu berkata, “Istirahatlah nak, ibu masih belum ngantuk..”

4. Waktu anak sudah tamat sekolah, bekerja, mengirimkan wang untuk ibu. Ibu berkata, “Simpanlah untuk keperluanmu nak, wang ibu cukup untuk ibu.”

5. Waktu anak sudah berjaya, menjemput ibunya untuk tinggal di rumah besar, ibu lantas berkata, “Rumah di kampung sangat selesa, ibu tak biasa tinggal di kota.”

6. Waktu menjelang tua, ibu sakit tenat, anaknya akan menangis, tetapi ibu masih boleh tersenyum sambil berkata, “Jangan menangis, ibu tidak apa-apa.”

Ini adalah pembohongan terakhir yg dibuat ibu.

Tidak peduli seberapa kaya kita, seberapa dewasanya kita, ibu selalu menganggap kita anak kecilnya, selalu risau tentang diri kita, tetapi ibu tidak pernah membiarkan kita risaukan akan dirinya.

Ini semua demi anak-anaknya,

Ya Allah, ampunilah dosaku, dosa ibu bapaku, keluargaku, saudaraku dan setiap orang yang yang membaca perkongsian ini!

Add Comment